Jenayah

Remaja Hina Raja Dipenjara

Kumpulan pemerhati menggesa pihak berkuasa membebaskan 13 aktivis di Manama

BAHRAIN: Mahkamah jenayah di Bahrain menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang remaja selepas didapati bersalah menghina keluarga Diraja Al Khalifa di laman Twitter.

Menurut laporan Press TV, Ali al-Shofa, 17, dipercayai menghina Raha Hamad Isa Al Khalifa, ditahan di kediamannya.

Susulan tangkapan, aktivis hak asasi manusia menggesa pihak berkuasa membebaskannya kerana bertentangan dengan undang-undan kebebasan hak bersuara.

Media tempatan melaporkan, aktivis turut meminta campur tangan Ketua Pegawai Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton bagi membebaskan 13 aktivis kerana melancarkan protes aman.

“Jika benar hal ehwal luar EU adalah pusat pengaduan awam, kami mohon supaya aktivis ini dibebaskan segera,” kata pengarah hak pemerhati asasi kemanusiaan EU, Lotte Leicht.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");