Membawang Hari Ini

Rezeki Daus (AF8) Melimpah Selepas Kahwin

daus 2Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, tidak menyangka rezekinya semakin melimpah sejak mendirikan rumah tangga dengan Syaza Syamimi, pada 7 Jun lalu.

Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 25, berkata, perbezaan sebelum dan selepas dia berkahwin cukup ketara lebih-lebih lagi apabila dia telah menandatangani perjanjian sebagai penerbit lagu dan artis di bawah syarikat KRU Music baru-baru ini.

“Alhamdulillah, jika dahulu saya melihat perjalanan karier nyanyian sudah hampir sepi, tiba-tiba selepas kahwin, lain pula jadinya.

“Saya turut melibatkan diri dalam pembikinan lagu bagi artis-artis di bawah KRU sendiri. Malah undangan mengadakan persembahan juga semakin bertambah.

“Tak sangka memang betul kata orang rezeki selepas berkahwin sememangnya wujud. Nikmat hidup berpasangan juga menyeronokkan,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Daus, dia menyifatkan kehidupan alam berumah tangga turut membuka ruang buatnya untuk kembali aktif di bidang muzik.

Dalam pada itu, Daus juga bakal muncul dengan single lagu terbaharu iaitu Seribu Rasa Cinta dengan menampilkan Taiko, nama baharu Norman KRU sebagai penyanyi rap dalam lagu berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan untuk mendapatkan anak pula, Daus berkata dia dan isterinya sudah pun bersedia untuk itu dan hanya menunggu rezeki anak itu tiba.

“Kami sudah pun bersedia untuk melalui tanggungjawab seterusnya sebagai ibu dan ayah.

“Apalagi selepas bergelar suami, saya rasa diri sendiri lebih matang berbanding dahulu. Maka sudah pasti saya bersedia untuk mempunyai anak. Cuma kami tidak merancang, hanya menunggu rezeki daripada Allah sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Daus bakal muncul dalam program Salam Perwira yang akan ditayangkan pada sambutan Aidilfitri nanti di TV1.

Selain itu, Daus dan isterinya turut sibuk menjalani perniagaan menjual pakaian wanita dan kek menerusi label Dania Wardrobe & cake House.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");