Perak Hari Ini

RM5 Juta Kos Naiktaraf Kemudahan Di Kellie’s Castle

PERAKTODAY1

Bangunan Kellie’s Castle yang cukup terkenal dengan reka bentuk dan keunikannya tersendiri kini berwajah baru selepas projek menaiktaraf yang membabitkan kos RM5 juta siap sepenuhnya April lalu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, berkata projek menaiktaraf kemudahan dan prasarana lain yang bermula September 2011 dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Pelaksanaan projek ini akan menjadi salah satu pemangkin kepada perkembangan industri pelancongan Malaysia amnya, dan negeri Perak khususnya.

“Ia juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat, khususnya golongan belia,” katanya kepada pemberita Majlis Perasmian Pembangunan Pelancongan Kellie’s Castle, dekat Batu Gajah, hari ini.

Menurut beliau lagi, usaha mempromosikan dan pembangunan sesuatu tarikan pelancongan bukan hanya bergantung kepada golongan profesional namun turut membabitkan penyertaan komuniti tempatan.

Pada 2012 sahaja, hampir 70,000 pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi bangunan bersejarah itu, dengan majoritinya dari Singapura.

Projek menaiktaraf kemudahan itu antara lain membabitkan gerai jualan, tandas awam, alat permainan kanak-kanak, pusat riadah, landskap, pintu masuk, pusat latihan, pembinaan dataran, pencahayaan, ruang pameran, pembinaan mini teater serta kerja komponen tambahan.

Selain itu, program ‘home stay’, restoran makanan tempatan, peluang kerjaya seperti pemandu pelancong di kalangan masyarakat tempatan turut dirancang pada masa akan datang.

Di majlis itu juga, Mohammed Nazri mengumumkan peruntukan tambahan bagi membina pagar keselamatan di kawasan tempat kereta di Kellie’s Castle untuk keselamatan pengunjung.

PERAKTODAY2

Pelbagai perancangan dirangka dalam tempoh dua akan datang seperti promosi harga tiket yang berpatutan, demonstrasi menoreh getah, penyediaan tapak, aktiviti perkhemahan serta aktiviti menunggang kuda.

Pelancongan malam atau ‘night tourism’ yang cukup terkenal dengan cerita mitos misteri yang tersendiri turut dirancang bagi menarik kehadiran pelancong di masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");