Sukan Hari Ini

Rosberg juara Grand Prix Britain

SILVERSTONE – Pemandu Jerman, Nico Rosberg melakar kemenangan kedua dalam tiga perlumbaan terakhir Formula Satu (F1) apabila dia menjuarai Grand Prix Britain di Litar Silverstone, semalam.

Rosberg, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 tahun Khamis lalu, melengkapkan perlumbaan di depan pemandu Red Bull dari Australia, Mark Webber manakala pemandu Sepanyol, Fernando Alonso dari Ferrari ketiga.

Pemandu Britain, Lewis Hamilton yang merupakan rakan sepasukan Rosberg dari Mercedes tempat keempat setelah mempamerkan kehebatannya memandu selepas tayar belakang jenteranya pancit pada awal saingan.

Namun, Hamilton kembali memasuki litar perlumbaan dan mendapati dirinya berada pada tangga tercorot pada Grand Prix tersebut sebelum memperbaiki kedudukannya.

Alonso merapatkan jurang mata kedudukan keseluruhan dengan juara bertahan tiga kali, Sebastian Vettel, yang mendahului saingan sebelum dia terpaksa untuk tidak meneruskan perlumbaan pada pusingan ke-42.

Vettel kini mengumpul 132 mata, sementara Alonso memungut 111 mata. Untuk Mercedes, kemenangan tersebut merupakan kejayaan pertama pasukan tersebut pada Grand Prix Britain sejak Stirling Moss berbuat demikian di Aintree pada 1955.

Namun, perlumbaan tersebut dibayangi dengan kegagalan tayar Pirelli yang membahayakan perlumbaan, setelah pemandu harapan tuan rumah, Hamilton yang memulakan saingan pada petak pertama berdepan masalah tayar yang pecah.

Kesemua pemandu termasuk Hamilton, menjadikan empat orang pelumba mengalami masalah sama, sementara Vettel terpaksa menarik diri daripada perlumbaan buat kali pertama musim ini. – AFP

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");