Berita Hari Ini

Sabah dijangka jana 500MW tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang

Maximus-Ongkili-

Sabah yakin dapat menjana kira-kira 500MW tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang berdasarkan perancangan jangka panjang keperluan dan keselamatan tenaga di negeri ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada projek elektrik hidro di Ulu Padas dan projek penjanaan elektrik di Lahad Datu yang masing-masing berkapasiti 180MW dan 300MW.

“Kita perlu meletakkan asas keselamatan dan kemampanan keperluan tenaga untuk Sabah dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan menyiapkan beberapa perkara (projek) iaitu hidro di Ulu Padas berkapasiti 180MW.

“Sebagai permulaan, peruntukan berjumlah RM560 juta sudahpun diperoleh daripada kerajaan pusat (untuk projek elektrik hidro di Ulu Padas),” katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Kubota di Tawau, hari ini.

Stesen janakuasa berkapasiti 64MW berkenaan sudah memulakan penjanaannya sejak tiga minggu lepas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");