Jenayah

Sedar Kereta Rentung Sebaik Pulang Solat Tarawih

Keadaan kereta mangsa yang rentung di garaj rumah
Keadaan kereta mangsa yang rentung di garaj rumah

SEREMBAN: Seorang lelaki bersama keluarganya terkejut apabila mendapati kehadiran jentera dan beberapa anggota bomba di hadapan rumahnya sebaik pulang dari menunaikan solat Tarawih, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam di Taman Rasah Jaya Fasa 3, di sini, anggota bomba berkenaan tiba di rumahnya berikutan kereta jenis Volvo milik lelaki berusia 70-an itu yang diletakkan di garaj rumah terbakar.

Menurut sumber, ketika kejadian, kesemua penghuni teres dua tingkat itu tiada di rumah kerana sedang berada di masjid berdekatan menunaikan solat Tarawih.

Bagaimanapun, katanya, sebaik saja keluarga berkenaan pulang ke rumah, mereka terkejut apabila sekumpulan anggota bomba memadamkan kebakaran di rumahnya itu.

Menurutnya, kebakaran menyebabkan keseluruhan kereta berkenaan hangus, selain sebahagian rumah terbabit berjelaga.

“Ketika kejadian, seorang jiran yang tinggal berdekatan terkejut dengan bunyi letupan kecil di rumah mangsa, sebelum mendapati kereta yang diletakkan dalam garaj berkenaan terbakar.

“Jiran mangsa kemudian bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Mustaza Sairan berkata, dua jentera membabitkan 13 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Sebaik saja sampai api sedang marak, bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya daripada terus merebak ke rumah mangsa pada 10.22 malam,” katanya.

Menurutnya, kereta mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan rentung.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

– Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/sedar-kereta-rentung-sebaik-pulang-solat-tarawih-1.181538

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");