Perak Hari Ini

Sekolah Aliran Agama Kilang Berpotensi Lahir Modal Insan Cemerlang

PERAKTODAY

Sekolah aliran agama berpotensi menjadi kilang melahirkan modal insan yang cemerlang sekaligus menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara di masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata dengan adanya iltizam yang berpaksikan latar belakang agama, beliau yakin sekolah agama berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang.

“Kita juga perlu mengubah mentaliti pelajar dan membuktikan kepada mereka boleh pergi jauh meskipun belajar di sekolah aliran agama,” katanya ketika sidang media selepas melawat dan beramah mesra dengan tenaga pengajar dan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, dekat Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nizar menjelaskan institusi pendidikan Islam juga penting dan boleh berdiri setanding dengan negara lain jika nilai-nilai positif diterapkan dalam konteks pengajian.

Sementara itu, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak akan memaksa mana-mana Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) untuk mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Tiada elemen paksaan untuk berada di bawah SABK kerana kerajaan tidak mahu memberi tekanan kepada sekolah tersebut.

“Mendaftar di bawah SABK merupakan pilihan saja, tiada paksaan kerana kita hanya fokus kepada misi utama dalam melahirkan modal insan yag berpotensi serta berkemahiran dalam aspek kreativiti dan inovasi,” katanya lagi.

Menurut Nizar lagi, setakat ini, sebanyak 22 buah SMAR sudah mendaftar sebagai SABK, manakala 15 sekolah lagi belum mengemukakan permohonan untuk mendaftar sebagai SABK.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");