Jenayah

Seorang lagi individu terlibat insiden Lahad Datu didakwa di mahkamah

lahad datu

TAWAU: Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dalam insiden pencerobohan puak peng ganas Sulu di Lahad Datu pada Februari lalu.

Tertuduh, Habil Suhaili bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Februari hingga 4 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala tertuduh diwakili kumpulan peguam diketuai James Tsai.

Mahkamah kemudian bersetuju kes ke atas Habil di pindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan dibicarakan bersama dengan kes-kes lain.

Habil merupakan individu ke-30 yang dihadapkan di Mahkamah Tinggi atas pelbagai kesalahan ekoran kejadian pencerobohan pada Februari lalu.

– KOSMO!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");