Membawang Hari Ini
Like

Siti Nordiana nafi bercinta dengan Nubhan

July 10, 2013
463 Views
0 Comments
1 minute read
Siti Nordiana nafi bercinta dengan Nubhan

diana

Penyanyi berstatus janda anak satu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menafikan sedang menjalin hubungan dengan bekas pelajar “Akademi Fantasia” musim ke-6 iaitu Nubhan.

“Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip itu kepada saya. Sebenarnya, dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih. Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana selalu bersama.

“Cuma sekarang ini jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip itu tak munasabah,” katanya seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Sementara itu, Nana memberitahu sejak dia bergelar ibu tunggal, ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekatinya, tetapi dia menolak secara baik kerana dia masih belum jumpa calon yang sesuai dan juga tidak bersedia untuk bergelar isteri lagi.

“Ada juga yang mendekati. Ada yang nak lamar saya. Tapi saya tolak sebab tak rasa lelaki itu sesuai dengan saya. Dulu ada juga keluarga cuba jodoh-jodohkan, tapi saya tak mahu. Saya rasa biarlah saya yang pilih sendiri.

“Sebolehnya kalau saya berkahwin semula nanti, saya mahu suami saya itu menyayangi Rayyan. Saya mahu Rayyan dapat kasih sayang seorang ayah seperti mana kasih sayang ayahnya. Saya hanya berserah sajalah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah pelakon Mohd Faizal Yusup pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia lima tahun.

– TUPAI.com.my

Komen & Pendapat

Leave a Reply