Sukan Hari Ini

Suarez silap besar pilih Arsenal

suarezPENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers berkata Luis Suarez mengambil keputusan paling bodoh jika bersetuju menyertai Arsenal, musim panas ini.

The Gunners telah mengemukakan bidaan rasmi berjumlah £40 juta (RM196 juta) untuk membawa penyerang Uruguay itu ke Emirates.

Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak Liverpool yang hanya bersedia mengadakan rundingan jika permintaan mereka bernilai £50 juta (RM246 juta) dipenuhi.

“Kami sedang berusaha membangunkan pasukan dan menuju ke arah lebih baik. Jadi, kenapa perlu tinggalkan Liverpool dan sertai Arsenal?

“Bukan niat saya memperlekeh Arsenal. Tapi, Suarez perlu sedar dia kini beraksi dengan salah sebuah kelab terbesar di dunia,” kata Rodgers.

Suarez, 26, dikatakan bersedia meninggalkan Anfield untuk beraksi di Liga Juara-Juara, pertandingan yang belum pernah disertainya sejak menyertai Liverpool.

Alasan itu cuba digunakan Arsenal untuk memancing Suarez menyertai mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");