Kolumnis

Tahniah Di atas Ketegasan Zahid Hamidi

zahid bidiTahniah buat Datuk Seri Zahid Hamidi selaku menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tegas dalam mempertahankan Melayu di bumi Tanah Melayu yang bertuah ini.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa filem The News Village adalah sebuah filem yang memesongkan sejarah Tanah Melayu ini.

Alhamdulillah sudah keluar arahan melalui KDN untuk menarik balik penayangan dan mengkaji semula filem The News Village. Apa yang diharapkan, semoga filem itu terus di “banned” daripada ditayangkan kepada umum.

Ada pihak yang cuba menyatakan bahawa filem itu perlu dipertontonkan untuk kita melihat apa yang “mereka” mahu tayangkan pada kita.

Namun penulis mempunyai pandangan sendiri bahawa kita tidak perlu malah jangan dikotorkan fikiran kita dengan menonton hasil karya palsu pihak yang ingin memesongkan fikiran anak Melayu yang mungkin sesetengahnya masih keliru dengan sejarah Tanah Melayu ini.

Difahamkan filem itu menceritakan sejarah bagaimana tanah ini dibuka oleh “mereka” dan mereka cuba mengelirukan sejarah tertubuhnya Tanah Melayu pada suatu masa dahulu.

Jadi, sewajarnya filem ini dikaji dan disekat tayangannya kerana boleh mendatangkan kekeliruan kepada anak muda yang mana kita sedia maklum pemikiran golongan ini mudah menerima apa yang disogokkan kepada mereka.

Kita tidak mahu pemikiran anak Melayu dijajah oleh anasir-anasir yang mendatangkan kekeliruan kepada mereka. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

– Cik Puan Gayah

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");