Berita Hari Ini

Tahniah Melaka; Pasar Malam Jonker Walk Ditutup Terus

Kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan membuka semula jalan di sekitar Jonker Walk, di sini, untuk laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron, berkata sejak lima tahun lalu, kerajaan negeri menerima lebih 1,000 rungutan orang ramai termasuk pelancong yang kecewa disebabkan terkandas akibat masalah lalu lintas.

Saya ingin maklumkan di sini bahawa kerajaan negeri tidak akan berganjak selagi hasil kajian tidak menunjukkan penutupan jalan di sekitar Jonker Walk bukan punca kepada kesesakan lalu lintas yang berlaku sebelum ini.

Sekarang ini, kerajaan mengambil keputusan membuka semula jalan berkenaan kerana hendak mengatasi masalah kesesakan lalu lintas pada hujung minggu di kawasan pusat bandar raya, katanya.

Kelmarin, Timbalan EXCO Pelancongan, Pantai, Sungai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad, dilaporkan berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat peniaga yang masih berdegil dengan tidak memberi ruang kepada kerajaan negeri melakukan kajian.

Katanya, kajian itu dilakukan bagi tempoh selama empat minggu untuk mengenal pasti sama ada Jonker Walk dan jalan di sekitarnya menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas di Banda Hilir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");