Jenayah

Tak sempat lunas bayaran perabot

bakarRANTAU PANJANG – Seorang wanita di Taman Nering Jaya tidak sempat menyelamatkan perabot yang baru dibeli untuk persiapan sambutan lebaran, apabila rumahnya terbakar jam 2.30 petang, di Gual Nering, di sini kelmarin.

Lebih menyedihkan, Rahimah Ismail, 27, berkata, gajinya sebanyak RM700 yang diletakkan di atas meja terbabit, turut hangus dalam kejadian ini.

Rahimah berkata, wang tersebut akan digunakan untuk melunaskan bayaran ansuran meja makan, yang baru dibeli setahun lalu.

Dia yang tinggal bersama dua adik, suami mereka dan dua anak saudaranya terkejut apabila mendengar jeritan di ruang tamu.

“Kami yang sedang tidur bingkas bangun dan mendapati sofa, meja makan dan kawasan terdekat, terbakar.

“Penduduk kampung yang menyedari keadaan ini, segera menyelamatkan kami dan menghubungi pihak bomba,” katanya.

Rahimah yang juga seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM5,000 apabila sebahagian besar perabotnya terbakar.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Kanan Bomba I (PBK) Zaimi Samat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang.

“Seramai tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dan kami berjaya mengawal api daripada merebak lima minit sejurus tiba di tempat kejadian. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");