Jenayah

Temui ajal waktu bertugas

POLIS

KLUANG: Seorang anggota polis bantuan maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang bertugas melakukan rondaan di Kilometer 74, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, Mohd Izaini Hibzullah, 25, yang bertugas di Ladang Pamol Timur, Kahang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran ladang bersama rakannya dengan menaiki motosikal secara berasingan.

Tiba-tiba muncul sebuah kereta jenis Proton Waja yang datang dari arah bertentangan yang kemudiannya merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika mengesahkan kejadian berkata, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sebelum terseret sejauh kira-kira lima meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian, manakala pemandu Waja hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

“Pemandu Waja terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga mengakibatkan kemalangan maut.

“Daripada siasatan dan laporan yang diberikan rakan mangsa, kenderaan terbabit dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan setelah melalui satu selekoh yang agak tajam di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk bedah siasat dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak, semalam,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");