Perak Hari Ini

Tiga Anak Angkat MB Perak Terima Komputer Riba

PERAKTODAY

Yayasan Bina Upaya (YBU) dengan kerjasama KPerak Incorporated hari ini menyerahkan komputer riba kepada tiga anak angkat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam usaha melahirkan generasi muda yang celik teknologi maklumat (IT) di negeri itu.

Sumbangan itu juga seiring dengan matlamat kerajaan menjadikan Perak sebagai negeri berpengetahuan (K-Perak).

Ketua Pegawai Operasi YBU, Hairul Anwar Mohamed Noor, berkata program bantuan komputer KPerak yang diperkenalkan kerajaan negeri itu diharap dapat memastikan rakyat Perak terutamanya generasi muda tidak ketinggalan dalam bidang IT.

“Permohonan diterima daripada pemohon yang merupakan warganegara Malaysia, anak kelahiran negeri Perak, ibu bapa berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan dan mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Tiga pelajar yang bertuah menerima sumbangan itu ialah Meor Muhammad Rahmat Noor Azam, 14,; Yee She Ting, 13, dan Nurul Ain Mohamad Adzar, 14.

Sementara itu, Hairul Anwar menjelaskan pihaknya akan memantau keputusan akademik anak angkat Menteri Besar Perak dari semasa ke semasa.

Selain komputer riba, bantuan lain turut disalurkan kepada mereka termasuklah bantuan elaun bulanan dan juga bantuan ‘shopping raya’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Setakat ini, Menteri Besar Perak mempunyai seramai 113 anak angkat dari seluruh Perak, 67 daripadanya mewakili kaum Melayu, kaum Cina (21); kaum India (12); Orang Asli (12) dan Punjabi (satu).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");