Berita Hari Ini

Tiket bas habis!

Keadaan di Terminal Pengangkutan Awam Larkin agak lengang
Keadaan di Terminal Pengangkutan Awam Larkin agak lengang

JOHOR BAHRU: Kebanyakan kaunter bas di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, dekat sini, sudah mula kehabisan tiket bagi perjalanan ke mana-mana destinasi menjelang perayaan Aidilfitri.

Tinjauan Sinar Harian, semalam, mendapati tiket perjalanan ke pantai timur dan utara bagi tarikh 5, 6 dan 7 Ogos di kebanyakan kaunter sudah mulai habis, manakala keadaan di stesen terminal masih lengang.

Salah seorang penjual tiket bas yang hanya ingin dikenali sebagai Rahman berkata, sikap kebanyakan masyarakat Melayu yang gemar membeli tiket di saat-saat akhir menyebabkan mereka sering gagal mendapatkan tiket untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, tiket bagi perkhidmatan bas tambahan akan mula dijual dalam tempoh antara seminggu sebelum perayaan pada harga lebih tinggi berbanding tambang biasa bagi menampung kos tambahan menyewa kenderaan.

“Pada ketika ini tiket untuk raya memang sudah habis dijual dan tiket bas tambahan hanya akan mula dijual tidak sampai seminggu sebelum perayaan.

“Perjalanan hari raya pertama dan kedua turut dibuka, tetapi ia dibeli oleh warga asing seperti Bangladesh dan Nepal,” katanya.

Seorang lagi penjual tiket yang ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, ada di antara pengusaha yang menghentikan penjualan tiket bagi perjalanan musim perayaan untuk membuka jualan sebagai tiket bas tambahan.

“Ada yang sudah mula hentikan jualan tiket walaupun masih ada kosong sebab perlu menampung kos bagi perjalanan hari-hari biasa yang tak ramai penumpang.

“Sebab itu bas tambahan yang disediakan tidak lagi menggunakan bas kilang atau bas sekolah seperti sebelum ini, tetapi bas yang disediakan adalah jenis bas persiaran eksekutif,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan tiket bas tambahan juga akan dijual kepada golongan bukan Islam dan warga asing kerana mendakwa serik dianiaya masyarakat Melayu yang dikatakan tidak menceritakan hal sebenar ketika disoal penguatkuasa.

“Apabila penguatkuasa tanya harga tiket, ramai penumpang Melayu akan beritahu mereka beli pada harga mahal sedangkan kita jual pada harga murah dan mengikut permit yang dibenarkan.

“Kami sudah serik, masyarakat bukan Islam lebih memahami masalah kami,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");