Jenayah

Tipu majikan, ikut tomboy

Penguatkuasa Imigresen ketika menahan warga Indonesia berkenaan di sebuah pusat judi siber.
Penguatkuasa Imigresen ketika menahan warga Indonesia berkenaan di sebuah pusat judi siber.

SEREMBAN: Hanya kerana mahu mengikut kekasihnya seorang tomboy bekerja di sebuah pusat judi siber, seorang pembantu rumah sanggup menipu majikannya dengan mengambil cuti kononnya mahu membeli baju raya.

Bagaimanapun, penipuan wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu terbongkar apabila majikannya yang merupakan seorang penjawat awam di negeri ini mula mengesyaki sesuatu sehingga membawa penahanannya di sebuah pusat judi siber di Petaling Jaya, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, wanita terbabit ditahan kira-kira jam 2 pagi dalam serbuan pihaknya selepas mendapat maklumat daripada majikan terbabit.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit baru enam bulan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah majikannya di Taman Kajang Perdana, Selangor.

“Wanita berkenaan mula bercuti sejak Jumaat lalu dan sepatutnya mula bekerja hari ini (semalam),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, majikan berkenaan menghubunginya, namun terkejut apabila seorang wanita lain menjawab dan memberitahu pembantu rumahnya itu tidak mahu pulang.

“Dia beri alasan bibik terbabit sedang mabuk dan mengalami muntah darah. Keadaan itu menyebabkan majikan itu mula bimbang dan memaklumkan perkara itu kepada Imigresen.

“Hasil risikan, kita dapati wanita berkenaan bekerja di sebuah pusat perjudian di Petaling Jaya,” katanya di sini, semalam.

Faizal Fazri berkata, pihaknya terpaksa melakukan penyamaran dengan berpura-pura sebagai pelanggan dan wanita terbabit dicekup ketika sedang menjaga kaunter.

Menurutnya, turut ditahan, dua lagi wanita warga Indonesia yang berperwatakan seperti lelaki, masing-masing berusia 24 tahun dan 27 tahun.

“Mereka ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tidak memiliki dokumen sah.

“Semua ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Senawang untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");