Jenayah

Tukang cat didenda RM1,000

MAHKAMAH

GEORGETOWN: Seorang tukang cat didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret semalam kerana menjalankan peniagaan hiburan tanpa lesen dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ho Keng Tek, 65, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umma Devi Logananthan.

Umma Devi yang menerima pengakuan bersalah Keng Tek mengenakan denda itu atau tujuh hari penjara jika gagal menjelaskannya.

Terdahulu, Keng Tek disabit atas tuduhan mengadakan ‘hiburan awam’ tanpa lesen di sebuah premis di Jalan Perak kira-kira jam 12.30 pagi, 9 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairul Fairuz Rahman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) (a) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Awam 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (2) enakmen yang sama.

Mengikut pertuduhan, jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");