Perak Hari Ini

Umat Islam Perlu Kukuhkan Semangat Perpaduan: Muhyiddin

PERAKTODAY2

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan segelintir pihak yang sejak akhir-akhir ini semakin lantang membangkitkan isu perkauman dan menyentuh soal sensitiviti agama dan akidah umat Islam.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata, semangat perpaduan antara kaum terutamanya umat Islam perlu diperkukuhkan lagi bagi menghadapi cabaran itu.

“Adalah lebih penting untuk kita memfokuskan kepada soal perpaduan atau hubungan mesra antara umat Islam berikutan timbul isu polarisasi yang menyentuh isu kaum lain.

“Dalam situasi mencabar ini juga, usaha memajukan umat Islam akan berjaya dan lebih mudah dilaksanakan jika kerjasama antara pimpinan dapat diperkukuhkan lagi,” katanya berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan UMNO Perak di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di Ipoh, malam tadi.

Menurut beliau lagi, kebimbangan kian berterusan apabila pihak terbabit cuma menyuarakan sesuatu isu yang mencabar perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Disebabkan terdapat perpecahan antara umat Islam, ada puak-puak mengambil kesempatan dengan tanpa segan membangkitkan isu yang mencabar Perlembagaan walaupun majoriti penduduk beragama Islam adalah melebihi kaum lain.

“Mereka mula mengungkit serta mempertikaikan kedudukan Raja Melayu, agama Islam, hak keistimewaan serta bahasa ibunda kita,” ujarnya lagi.

Tambahnya, trend sebegini boleh dilihat sebagai sesuatu yang dapat membantu memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.

“Saya telah menemui kelompok-kelompok masyarakat yang menyatakan kebimbangan terhadap pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang kita sendiri dan bertanyakan apakah tindakan kerajaan dan adakah kerajaan tegas dalam menangani isu-isu sedemikian?

“Dalam berhadapan suasana sebegini, masyarakat Islam di Malaysia mesti memperkukuhkan jemaah supaya kaum lain tidak memandang rendah terhadap mereka lagi,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 31 pelatih yang berkhidmat di semua pusat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");