Jenayah

1,305 saman hari kedua Ops Khas Motosikal

saman

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,305 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada hari kedua Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang diadakan di seluruh negara, semalam.

Ketua Pengarah JPJ,  Datuk Ismail Ahmad berkata, operasi berkenaan juga memeriksa 6,060 buah kenderaan dan saman itu dikeluarkan kepada kenderaan-kenderaan melanggar peraturan lalu lintas.

“Malam ini kali kedua Ops Khas Motosikal diadakan serentak seluruh negara dan ia akan diadakan lagi pada 17 Ogos depan.

“Operasi ini bertujuan meningkatkan lagi Persepsi Telah Ditangkap (POBC) dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal memandangkan ia adalah kenderaan paling tinggi terlibat dalam kemalangan maut,” katanya selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, selain 1,256 anggota JPJ terlibat, operasi khas itu turut membabitkan sembilan agensi lain iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) seramai 225 anggota, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seramai 204 orang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 10, Puspakom (119), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 21 orang, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seramai enam orang

Sementara itu, Ismail berkata, terdapat juga wakil Jabatan Imigresen Malaysia seramai 14 orang, dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) seramai 26 orang.

“Kita libatkan semua agensi lain yang ada hubung kait dalam menguatkuasakan akta keselamatan jalan raya. Selain itu, kita mahu maklumkan operasi serentak ini bertujuan tingkatkan POBC, kalau pada waktu biasa POBC 35-40 peratus sahaja, kita dapati operasi begini dapat tingkatkan POBC mereka ke tahap 50 peratus, ini kajian dibuat oleh Miros,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");