Jenayah

28 Ogos kes saman Tanjong Tokong disebut

MAHKAMAH

GEORGETOWN – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 28 Ogos untuk sebutan kes saman UDA Holdings Bhd terhadap penduduk Kampung Tanjong Tokong.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Ng Geok Nee di dalam kamar selepas tiga peguam bela untuk kes itu mengemukakan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.

UDA pada awal bulan Julai, mengeluarkan saman kepada 11 keluarga di kampung itu, supaya mereka mengosongkan kediaman masing-masing atau berdepan dengan tindakan mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, peguam Yusmadi Yusoff bersama dua rakannya, Jason Ong Khan Lee dan S. Raveentharan, berkata pihaknya hari ini
mengemukakan lima pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.

Katanya enam lagi pernyataan pembelaan dan tuntutan balas akan dikemukakan pada 28 Ogos.

“Dalam tuntutan balas tersebut, antaranya, dinyatakan bahawa pihak Uda telah ingkar syarat-syarat seperti yang ditetapkan terutama sekali (Perdana Menteri (kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak) memberi syarat khusus bahawa Uda hanya boleh bangunkan tempat itu atas tujuan kampung warisan,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");