Jenayah

44 Pati ditahan dalam Ops Sapu

pendatang asing

SENAI – Bayi perempuan berusia lima bulan antara 44 warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor di Taman Kobena, Tampoi dekat sini, awal pagi semalam.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar bersama 20 anggota penguat kuasa itu membuat serbuan kira-kira jam 1 pagi di kawasan rumah sewa pekerja kilang berkenaan.

Ketika serbuan, kebanyakan warga asing sedang nyenyak tidur selain terdapat beberapa wanita sedang menyiapkan makanan untuk dihantar kepada peniaga di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, 26 daripada yang ditahan adalah lelaki termasuk dua kanakkanak berusia enam dan empat tahun manakala 18 lagi perempuan termasuk seorang bayi perempuan.

“Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan umur antara lima bulan hingga 43 tahun yang merupakan pekerja kilang dan buruh binaan di kawasan berhampiran.

“Hasil semakan mendapati mereka terdiri daripada warga Nepal, Indonesia, Filipina, Pakistan, Myammar dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi masa di negara ini.

Khairulanuar berkata, semua yang ditahan dihantar ke depo tahanan Imigresen di Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");