Isu Panas

AES: Batal dulu saman lama baru bincang

SISTEM AES

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa kerajaan membatalkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dikeluarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri, selaras dengan perbincangan semula yang akan dilakukan mengenai perkara terbabit.

Menurutnya, walaupun kerajaan enggan berganjak daripada keputusan sebelum ini untuk meneruskan AES, namun hasil perbincangan selepas Hari Raya diharapkan dapat menggembirakan pengguna jalan raya yang menjadi ‘mangsa’ kamera itu.

“Saya memang harap kerajaan dapat membatalkan terus saman AES yang dikenakan sebelum ini kepada pengguna jalan raya selepas melakukan perbincangan semula.

“Saya tahu kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan itu, tapi biarlah kompaun yang dikenakan dikurangkan, kerana ia melibatkan golongan muda yang baru mendapat kerja menggunakan kenderaan di atas jalan raya.

“RM300 itu terlalu mahal dan lokasinya juga perlu dikaji semula,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Teresa yang juga naib pengerusi DAP sebelum ini mendakwa menerima aduan daripada pengguna jalan raya yang keliru mengenai status AES setelah Peguam Negara turut mengarahkan penangguhan pendakwaan terhadap pesalah kamera tersebut.

Kelmarin media melaporkan isu saman dikeluarkan melalui AES akan dibincangkan selepas raya ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau memberi jaminan keputusan yang akan dibuat kelak adalah adil kepada semua pihak.

“Isu ini perlu diselesaikan kerana kementerian menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai AES kerana ia dilakukan oleh “pihak ketiga” dalam pengeluaran saman dan pungutan wang saman,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");