Sukan Hari Ini

‘Apa BAM buat selama ini’?

khairy_jamaluddin_msmw2

Petaling Jaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyegerakan program pembangunan melahirkan pemain bertaraf dunia menggantikan Lee Chong Wei.

Beliau yang bimbang dengan kegagalan badan induk itu melahirkan pemain pelapis mempersoalkan apa yang sebenarnya BAM lakukan selama ini kerana seolah-olah baru ketika ini, badan induk itu memikirkan untuk mencari pengganti Chong Wei.

“BAM setakat ini belum lagi berhasil melahirkan pemain pelapis menggantikan Chong Wei, bila ditanya kepada bekas presiden BAM (Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh), katanya sudah tiba masanya kita harus melihat siapa akan menggantikan Chong Wei.

“Timbul persoalan besar, apa yang BAM buat selama ini?. Saya sendiri akan menggesa MSN mempercepat pembangunan pelapis melalui BAM, bukan sebelum ini tiada program seumpama itu, ada… tapi masih tidak mampu ganti Chong Wei,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pertandingan Dasar Awam Malaysia (MPPC) di sini, semalam.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");