Perak Hari Ini

Bahang Kemeriahan Hari Raya Semakin Terasa

baju raye

Sudah pastinya umat Islam di seluruh negara semakin sibuk membuat persiapan menjelang 1 Syawal yang bakal diraikan Khamis ini.

Tidak ketinggalan, suasana meriah turut dirasai di bandar raya Ipoh apabila jalan-jalan utama mengalami kesesakan apabila orang ramai keluar membeli belah di saat-saat akhir.

Beberapa jalan utama seperti Jalan Gunung Rapat penuh sesak dengan kenderaan yang bertali-arus dan potongan harga murah yang ditawarkan pusat beli-belah menyebabkan orang ramai sanggup bersesak-sesak dan berbaris panjang untuk membuat pembayaran di kaunter.

Bagi Wan Aliah Wan Ismail, 45, persiapan Hari Raya pada saat-saat akhir memang menjadi pilihannya yang sibuk bekerja apatah lagi tawaran harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Tahun ini, beliau membeli baju Melayu berwarna kuning untuk digayakan anak-anaknya.

Jelasnya, harga yang ditawarkan peniaga juga lebih murah berbanding tahun lalu.

Pendapat Aliah turut disokong Farhana Fauzi, 33, yang mengakui pembelian di saat-saatt akhir sangat menguntungkan.

“Saya suka membeli barang keperluan Hari Raya di hari-hari terakhir bagi mendapatkan tawaran harga yang murah. Apabila murah, banyak lagi barang lain saya boleh beli,” jelasnya.

Kakitangan awam, Mohammad Noor Mat Aroff, 28, pula berpendapat kebanyakan barangan yang diberi potongan hebat tidak sesuai dengannya.

“Kebanyakan barangan yang dijual tidak sepadan terutamanya berkaitan dengan saiz….kalau ada yang terbaru pun macam pisang goreng, cepat saja habis,” katanya ditemui ketika sedang memilih biskut raya.

Menjadi kebiasaan membeli persiapan Raya dua minggu sebelum 1 Syawal, Mohammad menjelaskan, waktu tersebut lebih sesuai kerana lebih banyak warna kesukaan serta saiz baju Melayu boleh dipilih berbanding membeli di saat-saat akhir.

Ditanya mengenai bajet pada Raya tahun ini, beliau katanya, berbelanja secara sederhana dan mengikut kemampuan.

“Cukuplah sekadar baju Melayu, kuih raya untuk mak di kampung, duit raya untuk anak-anak buah. Lepas Hari Raya, kerja berjalan seperti biasa dan kita perlu duit untuk teruskan kehidupan,” katanya.

Turut menyambut dengan suasana sederhana, Hafizah Mohd Kher, 24, yang ditemui sedang memilih kasut.

Katanya, gaji yang diperoleh akan digunakn untuk keperluan yang lebih penting memandangkan beliau baru sahaja bekerja.

“Tahun ini, saya menyambut Hari Raya secara sederhana memandangkan saya baru sahaja dapat kerja.

“Saya tidak membeli kuih raya sebaliknya sekadar membawa pulang kerepek untuk hidangan keluarga dan tetamu,” katanya yang bakal meraikan 1 Syawal di Kuantan, Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");