Berita Hari Ini

Banyak persepsi salah buku Pak Lah

aweking

SHAH ALAM – Terdapat banyak persepsi yang salah terhadap buku ‘Awakening: The Abdullah Years in Malaysia’ sehingga pelancarannya terpaksa ditangguhkan.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ramai yang menganggap buku tersebut merupakan riwayat hidup bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sedangkan katanya, buku itu adalah koleksi artikel yang ditulis oleh penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin Umno sendiri dan pembangkang.

“Banyak salah persepsi yang buku itu seolah-olah seperti memoir Pak Lah, sebenarnya tidak. Ia hanyalah koleksi temubual dan artikel berkenaan Pak Lah dan era pemerintahan beliau.

“Saya tak rasa banyak publisiti negatif daripada positif kerana ia hanya persepsi pihak yang ingin menganggap keadaannya demikian. Pak Lah juga ada hak untuk bersuara kepada kritikan terhadap beliau atau mengkritik sesiapa saja yang beliau mahu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");