Sukan Hari Ini

Bekas Atlet Olimpik Ishtiaq Mubarak Meninggal Dunia

istiaq

Ishtiaq Mubarak atau nama sebenarnya Ishtiaq Ahmad Mubarak Ahmad, yang pernah mengharumkan sukan olahraga negara pada era 70-an meninggal dunia, pagi Jumaat.

Beliau yang berusia 65 tahun meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang kira-kira pukul 9.55 pagi akibat sakit tua.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan.

Bekas pelari 110 meter lompat berpagar kebangsaan ini pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan menang pingat emas dalam Sukan SEA dan Asia.

Allahyarham pernah menggalas tanggungjawab selaku jurulatih atlet pelapis olahraga kebangsaan sehingga 2012.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");