Perak Hari Ini

Beri Peluang Pemimpin Muda Bertanding: Nazri

nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz menggalakkan pemimpin muda yang berumur lewat 40an supaya bertanding dalam pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan berlangsung pada Oktober depan.

Selain memberi peluang kepada pemimpin muda memperkenalkan diri, golongan itu juga katanya, boleh menyumbang idea-idea baru bagi memantapkan lagi parti.

“Sudah lebih 10 tahun saya tidak bertanding iaitu bermula dari tahun 2003. Sudah tiba masanya kita beri peluang kepada orang baru untuk mengisi jawatan tersebut.

“Saya berkesempatan melonjakkan diri untuk berada dalam hierarki parti dan kerajaan. Jadi biarlah pemimpin muda diberi peluang untuk menerajui jawatan itu,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di Kuala Kangsar, kelmarin.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, tidak bertanding bukan bermakna beliau tidak mementingkan jawatan dalam parti sebaliknya mengakui lebih mengambil berat jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas yang disandangnya ketika ini.

“Tidak bermakna saya tidak bertanding jawatan tersebut tidak penting tetapi saya mahu memfokuskan jawatan saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas memandangkan kerusi Parlimen ini mempunyai 76 peratus pengundi Melayu,” katanya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa gembira apabila mengetahui ramai pemimpin UMNO memilih tidak bertanding jawatan anggota MT bagi memberi tumpuan kepada kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, memberi kemenangan untuk parti dalam pilihan raya lebih penting daripada memberi kemenangan diri dalam parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");