Berita Hari Ini

Bertegas isu hina Islam

hat

PASIR GUDANG – Kerajaan disaran supaya meneliti semula peruntukan undang-undang sedia ada bagi menghentikan kebiadaban segelintir pihak yang membuat kenyataan sehingga menyentuh sensitiviti agama atau perkauman khususnya di laman sosial.

Setiausaha Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Huzailizan Misron berkata, beliau kesal apabila ada pihak yang masih bertindak biadab apabila memuat naik status di laman sosial sehingga mampu mengundang kemarahan umat Islam.

Menurutnya, peruntukan undang-undang bersesuaian berhubung kesalahan tersebut amat perlu memandangkan bukan pertama kali ada pihak berani memuat naik gambar yang menjurus kepada perbalahan antara kaum.

“Kita menggesa supaya akta sedia ada dikemaskinikan dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sedangkan, berdasarkan pemerhatian saya, umat Islam di  negara ini sentiasa menghormati penganut agama lain,” katanya kepada  Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, semalam.

Dia ditemui selepas membuat laporan polis berhubung kebiadaban pemilik akaun Facebook yang memuat naik gambar berserta ucapan hari raya tertera ketupat bersama kepala babi.

Huzailizan mewakili 30 gabungan belia sekitar Johor Bahru menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan dalang di sebalik kes berkenaan untuk diheret ke muka pengadilan.

Katanya, perbuatan pemilik akaun Facebook berkenaan juga dikhuatiri mampu menggugat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Perbuatan biadab itu juga seolah-olah mempersendakan kesucian Islam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");