Perak Hari Ini

BN Perak Mahu Mara Ke Hadapan Tadbir Perak

PERAKTODAY15Barisan Nasional (BN) Perak akan meneruskan usaha membangunkan negeri selepas mahkamah menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dikemukakan parti pembangkang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, bagaimanapun berkata, terpulang kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan seterusnya selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah pilihan raya.

“Di pihak BN, kita menerima secara terbuka keputusan rakyat pada PRU-13 yang lalu.

“Kita juga sebenarnya boleh buat perkara sama (kemuka petisyen) tetapi kita mahu terus bekerja dan mentadbir Perak….. kurangkan masalah dan mara ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat DUN Pangkor di Pulau Pangkor, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen pilihan raya DUN Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Lubuk Merbau dan Manjoi yang difailkan PAS baru-baru ini.

Zambry yang juga merangkap ADUN Pangkor, berkata bukan satu cara untuk menerajui pentadbiran dan pembangunan negeri dengan baik sekiranya keadaan politik berada dalam situasi yang tidak menentu.

“Keputusan sudah dibuat dan rakyat juga memilih BN….jadi kita perlu terima dan itu yang lebih penting bagi saya,” tegas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");