Berita Hari Ini

BoboiBoy ke Singapura

BBOI

Wonderland Primary Sdn Bhd menerusi jenama BoboiBoy bakal meluaskan pasaran ke Singapura dalam tempoh tujuh bulan akan datang bagi segmen penjagaan diri, serentak dengan pengenalan produk baru awal Julai lalu.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Wonderland Primary, Leny Harlina berkata, selain Singapura, syarikatnya juga merancang untuk membawa masuk produk itu ke Brunei menerusi pasar raya besar Giant pada masa akan datang.

“Produk BoboiBoy baru sahaja memasuki pasar raya besar seperti Aeon Big, Aeon, Tesco, Hero dan Mydin di seluruh negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Pusat Perindustrian Kajang.

Menurutnya, bagi menghasilkan produk terbaru itu, Wonderland melabur RM200,000 hingga RM300,000.

Katanya, rangkaian penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki dan pencuci tangan itu boleh didapati dalam beberapa bauan unik seperti coklat, pic, ceri dan gula-gula buah.

Leny berkata, produk keluaran syarikatnya turut menawarkan kelebihan kepada pengguna iaitu tanpa bahan kimia serta pengawet sebaliknya menggunakan 100 peratus buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Mengulas berhubung persaingan produk itu di pasaran, Leny berkata, keunikan produk itu akan menjadi salah satu strategi untuk menarik lebih ramai pengguna.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");