Jenayah

Buruh tergamam dengar hukuman

buruh terima hukuman

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh tergamam sejenak di kandang pesalah apabila hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan dibacakan Hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan memiliki 100 gram dadah jenis kanabis.

Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas Mohammad Abdullah Yaacob, 38, dari Felda Keembong Jengka 6, Bandar Jengka, Pahang, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mohammad Abdullah mengaku bersalah memiliki dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 100 gram di hadapan Masjid Kampung Mengabang Lekar, Batu Rakit, di sini, kira-kira jam 5 petang, pada 28 Oktober 2012.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat, manakala Mohammad Abdullah diwakili peguam daripada Pusat Bantuan Guaman.

Berdasarkan fakta kes, Mohammad Abdullah ditahan sepasukan polis di hadapan masjid terbabit, hasil maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan di dalam beg di poket kiri seluar Mohammad Abdullah menemui tiga ketul mampat disyaki dadah di dalam bungkusan plastik putih

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");