Isu Panas

DAP Gesa PAS, PKR Isytihar Aset

karpal-singh-300x215GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa rakan-rakan gabungan, PKR dan PAS supaya mengisytiharkan aset wakil-wakil yang telah dipilih rakyat.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mengarahkan wakil-wakil rakyat mereka mengisytiharkan aset masing-masing.

Dalam sidang akhbar di sebuah kedai kopi di Air Itam di Georgetown, beliau berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytiharkan aset dan menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menetapkan tarikh bagi ahli-ahli Parlimen di Pulau Pinang berbuat demikian.

Karpal juga mencabar Barisan Nasional mengarahkan semua wakil rakyat termasuk menteri mengisytiharkan harta mereka.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");