Sukan Hari Ini

Dortmund naikkan gaji Lewandowski

LWEAN

BORUSSIA Dortmund memutuskan untuk menaikkan gaji penyerang prolifik mereka, Robert Lewandowski namun tidak memanjangkan tempoh kontrak pemain berasal dari Poland itu.

Tindakan tersebut menggambarkan bahawa Lewandowski bakal berhijrah ke Bayern Munich berikutan kontraknya akan tamat akhir musim ini.

Ketika jendela perpindahan dibuka, masa depan Lewandowski sering diperkatakan, namun kelabnya bertegas tidak akan menjual pemain berusia 24 tahun itu sama ada kepada Bayern mahupun Manchester United.

Ketua Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke berkata, beliau sudah bertemu dengan wakil pemain itu bagi membincangkan soal masa depannya dengan kelab.

“Salah satu tujuan pertemuan itu adalah menaikkan gaji Lewandowski.

“Kami sudah memikirkannya sejak beberapa bulan lalu dan gajinya dinaikkan kerana prestasinya yang cemerlang musim lepas,” katanya.

Sebelum ini, Lewandowski dilaporkan menerima gaji £40,000 (RM206,000) seminggu, namun United menawarkan gaji yang lebih tinggi iaitu £90,000 (RM463,000) seminggu.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");