Jenayah

Dr Wee Dakwa Alat Kawalan Jauh Digunakan Untuk Mengintipnya

weenew

KUALA LUMPUR: Sebuah alat kawalan jauh yang sering digunakan oleh tentera untuk mengintip pengganas dijumpai, didakwa digunakan mengintip sebuah rumah banglo milik Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong di Bukit Tiara, Cheras.

Dr Wee berkata, hexacopter mudah alih dengan enam motor ditemui oleh anak jirannya pada 8 Ogos lalu.

“Adakah saya seorang pengganas? Ini adalah satu pencerobohan privasi.

“Mereka (pelaku) tidak mempunyai hak untuk bertindak demikian,” katanya pada sidang media, Jumaat.

Beliau berkata hexacopter itu jatuh di atas bumbung rumah jirannya selepas terlanggar penebat kilat.

Menurut Dr Wee, dia hanya berjaya mengambil alat tersebut dari rumah jirannya pada Khamis.

Dr Wee berkata hexacopter yang menunjukkan lima klip video pendek dari cip yang dipasang pada kamera kecil alat tersebut diarahkan ke rumah beliau dan jirannya.

Ketika ditanya mengenai motif insiden itu, beliau berkata tidak akan membuat sebarang spekulasi tetapi ia adalah sesuatu yang normal sebelum pemilihan parti untuk mengintip aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin yang berpotensi.

Dr Wee membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini dan beberapa pegawai polis datang ke Wisma MCA untuk mengambil keterangannya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");