Laporan Eksklusif

DS Rosmah Cipta Sajak Khas Suntik Semangat Buat Pasukan ATM

DS Rosmah 11Sebagai menghargai perjuangan serta pengorbanan pasukan keselamatan negara, Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mendeklamasikan sajak hasil nukilannya sendiri dalam majlis penyerahan keperluan Hari Raya yang berlangsung di Wisma Kementerian Pertahanan, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Bacaan sajak yang diperdengarkan oleh Rosmah yang juga merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) itu ternyata mengundang suasana sebak di dalam dewan.

Berikut bait-bait sajak nukilan Isteri Perdana Menteri:

Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta,
Kalau kita leka dan berdegil juga, nanti buruklah padahnya,
Anak cucu kita akan merana lalu bertanya,
Kenapa generasi datuk dan nenekku melakukan perkara durjana,
Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku… berleluasa,
Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya.

Wahai rakan dan taulan,
Fikirkanlah semasak-masaknya,
Jangan kita tersilap langkah,
Sehingga negara ditertawakan oleh dunia.

Wahai pahlawanku sekalian,
Teruskan perjuangan,
InsyaAllah, anda semua dipandang mulia di sisi Tuhan
Dan juga di mata kami yang cintakan keamanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");