Sukan Hari Ini

Ferrari kekalkan khidmat Massa

66234-ferrari-formula-one-driver-fernando-alonso-of-spain-leads-f1-bahrain-r

PASUKAN Ferrari tetap mengekalkan Felipe Massa untuk musim 2014 walaupun terdapat khabar angin mengatakan tempat pelumba itu akan digantikan pelumba Lotus-Renault, Kimi Raikkonen.

Massa dikatakan akan meninggalkan Ferrari kerana kontraknya akan berakhir tahun ini.

Pelumba dari Brazil itu dijangkakan tidak mendapat tempat dalam The Prancing Horse berikutan prestasinya yang mengecewakan.

Lantas, Raikkonen dikaitkan sebagai pengganti Massa. Bagaimanapun, Prinsipal Pasukan Ferrari, Stefano Domenicali enggan melayan khabar angin tersebut.

“Kami tidak terburu-buru mengambil keputusan. Massa seorang pelumba yang bagus dan berdedikasi terhadap pasukan.

“Raikkonen seorang pelumba yang pantas dan semua orang tahu bagai mana saya menilainya. Saya tidak mahu membicarakan berita tersebut,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");