Berita Hari Ini

Fokus 3 teras cintai negara

kluang

KLUANG – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memperkenalkan tiga faktor utama dalam usaha menanam semangat kecintaan rakyat negeri ini terhadap negara.

Menurutnya, rakyat di negeri ini perlu bersatu mempertahankan kedaulatan negara yang telah dikecapi sejak 56 tahun lalu selaras dengan Tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ‘Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darah Airku’.

Justeru itu katanya, pendidikan Sejarah yang memerlukan tafsiran baru diberi penekanan supaya pemahaman lebih jitu boleh dibentuk.

Menurutnya, ramai di kalangan generasi muda bukan sahaja kurang mengetahui sejarah negara bahkan memandang enteng keupayaan subjek itu dan melihatnya sebagai satu subjek wajib lulus di sekolah semata-mata.

“Pendidikan Sejarah bukan sahaja memerlukan nafas dan tafsiran baru malah memerlukan proses internalisasi yang tinggi bagi menggarap kepentingan sejarah itu sendiri untuk diserapkan dalam kehidupan harian kita,” katanya.

Beliau Merasmikan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Johor di Dataran Tasek Putih, Kluang.

Mohamed Khaled berkata, perkara lain pula ialah penghayatan dan mengamalkan lima prinsip Rukun Negara turut menjadi pemangkin semangat kenegaraan.

“Penghayatan dan pengamalan yang jelas tentang perlembagaan dan Rukun Negara perlulah dihayati oleh setiap individu agar semangat perpaduan dan keharmonian negara terus dapat dipertahankan.

“Manakala faktor ketiga ialah memupuk nilai toleransi dan penerimaan terhadap sesuatu kaum sekaligus tidak mengetepikan etika dan perbezaan.

“Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan ini, saya turut berharap agar semua lapisan masyarakat sama ada di pejabat-pejabat kerajaan, rumah-rumah kedai, pemilik premis, sekolah-sekolah dan rumah persendirian untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kita kepada keamanan negara,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");