Sukan Hari Ini

Gustavo ingin sertai Arsenal

arsenal

TONGGAK utama Bayern Munich, Luiz Gustavo akui berminat dan ingin beraksi bersama pasukan Arsenal.

Beliau sanggup berpindah namun menetapkan syarat diberi jaminan bermain dalam kesebelasan utama The Gunners.

Masa depan Gustavo di Bayern dalam situasi tak menentu berikutan kedatangan pemain antarabangsa Sepanyol, Thiago Alcantara.

Sebelum itu, beliau harus ‘berebut’ posisi dengan Bastian Schweinsteiger dan Javi Martinez.

“Kontrak saya dengan Bayern kekal hingga 2015. Apa yang penting saya ingin bermain dalam pasukan utama agar terus dipanggil skuad kebangsaan Brazil.

“Keadaan di Bayern sangat rumit dan perlu cari jalan keluar. Saya punya alasan peribadi dan profesional untuk pindah,” katanya.

Pihak Arsenal pernah menyatakan berusaha mendapatkan pemain ternama bagi memperkasa pasukan untuk bersaing di Liga Inggeris.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");