Membawang Hari Ini

Hafiz cuti raya 2 minggu

hafizselesai-a

PENYANYI Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip bakal bercuti selama dua minggu sempena perayaan Aidilfitri, tahun ini.

Hafiz baru saja melancarkan album ketiganya berjudul Hafiz Suip: Luahan Hati Anak Seni, Jun lalu.

Ketika artikel ini ditulis, Hafiz sudah pun berada di Bumi Kenyalang bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

“Ramadan kali ini, lebih kepada meluang masa bersama anak-anak yatim, warga tua dan berbuka puasa bersama peminat.

“Saya balik Kuching 31 Julai ini. Saya cuti raya selama dua minggu. Persiapan raya ada buat sikit-sikit. Tolong-tolong keluarga, maklumlah saya anak merantau,” katanya dengan nada bergurau kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Hafiz sempat berkongsi menu istimewa di tanah kelahirannya iaitu Bubur Pedas.

“Menu wajib di pagi raya semestinya saya suka rendang dan ketupat buatan nenek saya.

“Satu lagi yang saya nak kongsi, menu yang sudah nak cari di Semenanjung, Bubur Pedas,” katanya.

Penyanyi berusia 23 tahun ini turut menyediakan duit raya buat kanak-kanak yang bakal bertamu ke rumahnya.

“Saya ada sediakan juga duit raya untuk adik-adik yang datang ke rumah saya untuk beraya nanti,” katanya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");