Berita Hari Ini

Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia malam esok

fairos

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj  Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga  subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd  Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana  cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.     “Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan  debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

“Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet  Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya  dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut  melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran  meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas  bulan terbenam bermula 11 malam. – BERNAMA

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");