Perak Hari Ini

Ibu Bapa Penjawat Awam Tidak Layak Mohon Belanja Rawatan Kesihatan

nolee (1)Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 tidak membenarkan permohonan perbelanjaan bagi semua jenis dan katogeri alat untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang kakitangan kerajaan.

Pekeliling itu merupakan pemohonan yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelaraskan pemohonan bantuan perubatan khusus untuk kakitangan, pegawai atau pesara kerajaan.

Menurut Exco Kesihatan negeri,  Nolee Ashilin Mohammed Radzi (BN-Tualang Sekah), antara jenis perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh kerajaan ialah pembekalan ubat, pembekalan peralatan seperti autopedik, anggota palsu, kerusi roda, alat bantuan pendengaran serta alat bantuan pernafasan.

Katanya, permohonan rawatan penyakit buah pinggang hemodialasis, rawatan kepakaran di hospital swasta dan  Institut Jantung Negara (IJN) juga disediakan,” tambahnya lagi.

Bagi rawatan kecemasan di hospital atau klinik swasta yang berhampiran lokasi kejadian, hanya bagi kes yang memerlukan rawatan serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit, ujarnya lagi

“Manakala bagi perbelanjaan untuk rawatan di luar negeri bagi pegawai atau pesara atau ahli keluarga mereka, ianya perlu  disahkan oleh lembaga perubatan dan hanya pesakit  yang memerlukan rawatan khas yang tidak terdapat dalam negara,” katanya ketika menjawab soalan lisan A Sivanesan (DAP-Sungkai) yang ingin mendapatkan penjelasan berkaitan kemudahan perubatan untuk pegawai kerajaan dan tanggungan mereka di hospital kerajaan di Dewan Undangan Negeri Ke-13, di Ipoh, hari ini.

Nolee Ashilin berkata, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 juga tidak membenarkan pemohonan perbelanjaan bagi semua jenis kategori alat untuk ibu bapa yang sah bagi seseorang pegawai.

Tambahnya lagi, rawatan yang tidak dibenarkan adalah  seperti rawatan perubatan di luar negeri dan  rawatan bagi tujuan kecantikan kulit.

Mengenai cadangan Sivanesan Adun Sungkai mengenai peruntukan perbelanjaan bagi rawatan perubatan untuk ibu bapa, Nolee Ashilin berkata usul itu boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");