Perak Hari Ini

Insafi Diri, Ambil Iktibar Pergolakan Di Mesir

zambry raye pangkor

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihati rakyat sentiasa menginsafi diri agar tidak terjerumus dalam kancah peperangan seperti yang berlaku di negara lain.

Katanya, pergolakan di Mesir seharusnya menyedarkan rakyat yang mungkin sering alpa dengan nikmat keamanan yang dikecapi negara hari ini.

“Isu di Mesir menginsafkan kita apabila melihat suasana di sana berbeza dengan apa yang kita nikmati sekarang ini.

“Semua rakyat tidak kira bangsa mahupun agama wajar ambil iktibar kerana kita tinggal di sebuah negara yang aman seperti Malaysia,” ujarnya lagi.

Tambahnya, keadaan huru-hara di Mesir berlaku apabila terdapat pihak yang tidak memahami konsep demokrasi tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihanraya yang diadakan di negara itu.

Setakat ini, jumlah korban di Mesir semakin meningkat dari semasa ke semasa dan keganasan dilaporkan terus merebak di luar ibu negara itu hingga banyak nyawa orang awam melayang.

“Kita perlu bersyukur kerana Malaysia aman dan tidak mengalami nasib seperti negara Islam tersebut yang ditimpa pelbagai insiden selepas pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi digulingkan oleh rakyat sendiri,” jelasnya berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan, di Kuala Kangsar, malam tadi.

Majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) itu sertai lebih 5,000 kakitangan dan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan.

Tidak ketinggalan, penduduk sekitar Kuala Kangsar yang terdiri daripada pelbagai kaum turut memeriahkan majlis berkenaan yang diserikan dengan kehadiran ramai artis popular tanahair seperti Datuk M Daud Kilau dan Siti Norfazura.

Hadir sama, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sementara itu, Zambry berkata, majlis itu memberi peluang kepada masyarakat mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat, sekaligus menjalin keharmonian di kalangan rakyat negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");