Perak Hari Ini

Insentif Khas Kepada Kakitangan Awam, Pesara Dapat Rawatan Di Hospital Swasta

nolee (1)Kerajaan bersedia memberi bayaran insentif 80 peratus kepada pegawai kerajan Perak untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital atau klinik swasta bagi urusan kecemasan.

Untuk golongan pesara pula, insentif 20 peratus bayaran disediakan bagi tujuan sama.

Exco Kesihatan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata insentif itu hanya ditawarkan kepada penjawat awam atau pesara dan tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan yang perlu diikuti.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN-Kampung Gajah) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Katanya, antara rawatan yang ditawarkan rawatan serta merta yang tidak boleh dilenggahkan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

“Status kecemasan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh pakar perubatan hospital swasta yang merawat pesakit.

“Sekiranya jarak kejadian kecemasan adalah sama dengan klinik atau hospital kerajaan, maka pesakit itu hendaklah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan tersebut,” tambah Nolee lagi.

Menjawab soalan mengenai anggaran kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan pula, pihaknya kerajaan akan menanggung kos rawatan bagi tempoh kecemasan hingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke klinik atau hospital kerajaan.

Namun, jumlah perbelanjaan perkhidmatan perlulah disertakan terperinci daripada pakar perubatan klinik atau hospital swasta terbabit, tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");