Isu Panas

Isu hina Islam: Surau mungkin diroboh

Rakaman menunjukkan kumpulan terbabit sedang beribadat.dalam surau berkenaan.
Rakaman menunjukkan kumpulan terbabit sedang beribadat.dalam surau berkenaan.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengeluarkan pekeliling menentukan kedudukan kiblat kepada semua pengusaha pusat peranginan di negeri ini.

Titah tersebut disampaikan menerusi Penasihat Maij, Datuk Noh Gadut ketika mengadap baginda pagi tadi.

Atas keprihatinan Sultan Johor, Noh mengandaikan kemungkinan besar surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi yang mencetuskan kontroversi kerana membenarkan penganut agama lain beribadat dalam surau itu akan dirobohkan.

Proses siasatan tindakan yang menghina Islam itu dijangka mengambil masa sebulan dan akan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");