Isu Panas

Jenayah berat: Tak perlu sidang khas Parlimen

tembak1Kerajaan tidak akan mengadakan sidang khas Parlimen untuk bincangkan kes jenayah berat yang semakin berleluasa sebagaimana yang dicadangkan oleh pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata buat masa ini, tidak ada keperluan untuk adakan sidang khas seumpama itu kerana kerajaan yakin undang-undang sedia ada mampu tangani masalah itu.

“Undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk kendalikan isu jenayah. Tidak perlu (untuk mengadakan sidang khas Parlimen),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan pembangkang supaya kerajaan mewujudkan sidang khas Parlimen sebelum Aidilfitri ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan akan mengguna pakai Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang sedia ada bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah berat tanpa menunggu penggubalan akta baru.

Kata beliau, Akta PCA yang tidak diguna pakai dalam sistem perundangan negara pada masa ini akan dilaksanakan dalam tempoh segera bagi menangani kes jenayah berat yang kian meningkat.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");