Berita Hari Ini

JPA nasihat penuntut akur

zabidi

Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pelajar tajaannya yang berada di Mesir mematuhi keputusan kerajaan dan pulang ke tanah air secara sukarela demi keselamatan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata 403 pelajar JPA masih berada di Mesir untuk menduduki peperiksaan.

“JPA melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Kedutaan Besar Malaysia dan Education Malaysia Egypt di Kaherah akan memastikan proses membawa keluar pelajar dapat dilaksanakan dengan lancar.

“403 pelajar JPA masih di Mesir untuk ambil peperiksaan” Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

“Pelajar yang masih bercuti di Malaysia dinasihat menangguhkan kepulangan ke Mesir seperti disaran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Ibu bapa dan pelajar boleh mendapatkan maklumat daripada bilik operasi kementerian yang dibuka sejak 16 Ogos lalu dengan menghubungi 03-88706611 dan 03-88706627.

Mereka juga boleh berhubung di [email protected] atau https://www.-facebook.com/pages/StudentWorld/207845832-591425.

Di Alor Setar: Seramai 106 pelajar dari Kedah disahkan mendaftar nama dengan kedutaan untuk pulang.
700 belum daftar

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata semua pelajar terbabit daripada 897 pelajar kelahiran Kedah yang direkodkan belajar di Mesir, namun lebih 700 lagi belum mendaftar untuk dibawa pulang.

Katanya, daripada jumlah mendaftar itu, 17 disahkan pulang melalui penerbangan pertama.

43 setuju pulang

Di Melaka: Seramai 43 daripada 46 pelajar Melaka bersetuju pulang ke negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron, berkata tiga lagi belum buat pengesahan, meskipun kerajaan mahu mereka pulang.

“Kerajaan negeri dapat pengesahan pejabat Kedutaan Malaysia di Kaherah, 43 pelajar Melaka di sana mengesahkan untuk pulang menerusi Ops Piramid 2,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");