Jenayah

Kali pertama beraya tanpa kaki

TAKDE KAKI

Noraini Najihah menunjukkan baju rayanya dan hanya menyambut Aidilfitri di rumah berikutan keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan:-

ROMPIN – “Hari raya nombor dua, urusan rawatan anak nombor satu,” demikian luah ibu seorang remaja, Noraini Najihah Mohd Nazri, 14, yang hilang kedua belah kaki sejak Mac lalu selepas saraf di kakinya mati dan saluran darah tersumbat.

Nor Asiah Abdul Rahim, 37, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu mengidap penyakit buah pinggang ketika berumur enam tahun.

Menurutnya, sejak itu Noraini Najihah perlu ke hospital beberapa kali sebulan untuk mendapatkan rawatan selain bergantung dengan ubat yang disyorkan doktor untuk berhadapan penyakitnya.

Katanya, sebelum ini, anaknya itu seorang yang ceria, tambahan lagi ketika menyambut Aidilfitri, tetapi sekarang menjadi agak pendiam.

“Kadang-kadang saya melihatnya termenung dan ada juga dia meluahkan kesedihan dengan keadaan sekarang yang beraya tanpa kaki.

“Ini adalah raya pertama dia menyambut dalam keadaan begini dan saya pasti mesti dia berat hati menempuhinya,” katanya.

Nor Asiah berkata, Aidilfitri diraikan dengan sederhana mengikut kemampuan mereka sekeluarga berbelanja.

“Suami belikan anak-anak baju raya sepasang seorang, Tapi ada sepasang lagi baju raya untuk Noraini Najihah yang diberi bapa saudaranya.

“Kuih raya pula ada sedikit yang dibeli dan juga yang orang sedekah,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Noraini Najihah akan dibawa ke Hospital Kuantan untuk mendapatkan rawatan, 22 Ogos ini.

“Seperti biasa, dalam sebulan kami akan beberapa kali ke Hospital Kuantan membawa Noraini Najihah.

“Kali ini doktor maklumkan darahnya ada masalah dan perlu dirawat,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun AgroBank 2-00-6331-00005685-2 atas nama Mohd Nazri Abdul Rahman.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");