Jenayah
Like

Kawan tak sempat elak, dirempuh depan mata

August 7, 2013
237 Views
0 Comments
1 minute read
Kawan tak sempat elak, dirempuh depan mata

motosikal accident

Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Mercedes dengan motosikal Yamaha Lagenda di kilometer 33.9, Jalan Seremban-Tampin, semalam:-

REMBAU – “Saya sempat mengelak apabila tiba-tiba sebuah kereta jenis Mercedes masuk ke laluan saya, namun apabila saya menoleh ke belakang, rakan saya yang tidak sempat mengelak dari dirempuh kereta berkenaan,” luah
Mohamad Firdaus Kamarudin, 27, ketika ditemui di lokasi kemalangan di kilometer 33.9 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi itu, rakannya, Muhamad Zamri Ismail, 37, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dikejarkan ke Hospital Tampin susulan mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Mohamad Firdaus berkata, ketika kejadian dia bersama Zamri dan seorang lagi rakan mereka kali pertama berkonvoi bersama-sama dari Kampung Tanjung Rimau, Tampin menuju ke rumah sewa masing-masing di Seremban.

Menurutnya, dia bekerja di Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), sementara Zamri pula bekerja di kedai perabot.

“Kami sebenarnya ada mengusahakan kolam memancing bersama-sama dan atas dasar itu, kami sepakat untuk pulang berkonvoi ke rumah sewa memandangkan esok (semalam) kami masih bekerja,” katanya.

– SINAR HARIAN

Leave a Reply