Sukan Hari Ini

Kelab terbaik dunia uji anak buah Rajagobal

barcaJODOH Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal bersama Harimau Malaysia masing panjang walaupun terus dikritik dan dikecam pelbagai pihak khasnya peminat bola sepak tempatan berikutan prestasi hambar beberapa perlawanan persahabatan.

Tewas 1-4 kepada Chelsea di Stadium Shah Alam, banyak pihak mempersoalkan pendekatan baik corak sistem latihan termasuk pemilihan pemain dipanggil pengendali berusia 57 tahun berkenan untuk menyarung jersi kebangsaan.

BOLOS

Menentang anak buah Jose Mourinho yang terkenal dengan gelaran The Blues itu yang juga juara Piala Liga Europa adalah antara beberapa sesi perlawanan penting disusun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum sepak mula pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2015 Australia menentang Bahrain Oktober depan.

Terbaru tewas tiga perlawanan persahabatan di Jepun dengan dibolosi 12 gol tanpa sebarang jaringan kepada kelab Divisyen Satu Liga Jepun, Shimizu S Pulse 0-2, sebelum bolos lebih besar 0-5 masing-masing ketika menentang Shonan Bellmare dan
Tokyo Verdy menambah kebimbangan peminat menjelang aksi perlawanan menentang juara La Liga, FC Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil.

ALASAN

Menentang anak buah Gerardo Martino ini sudah tentu tidak boleh dijadikan alasan untuk skuad kebangsaan bolos lebih besar kerana pasukan sepatutnya sudah lebih bersedia berhadapan kelab terbaik dunia itu tambahan beberapa hari selepas Aidilfitri walaupun dikatakan pemain tidak mempamerkan aksi sebenar mereka kerana beraksi dalam bulan Ramadan.

Andai kejutan dapat dilakukan anak buah Rajagobal menewaskan Lionel Messi dan rakan, satu hadiah istimewa kepada peminat sempena Aidilfitri ini, namun peminat realistik terhadap kemampuan pemain kebangsaan dalam menyaingi kemahiran individu Barcelona dengan mengharapkan pemain kebangsaan dapat mempamerkan peningkatan dari segi pemainan mereka.

Prestasi konsisten setiap bahagian pertahanan, tengah dan serangan antara penyebab utama kelab berpusat di Camp Nou, Barcelona kekal pasukan terbaik elit dunia mampu menyebabkan Harimau Malaya terus berputih mata digelanggang sendiri.

Namun begitu sebaliknya Harimau Malaya bakal menyebabkan penyokong tempatan senyum lebar seandainya Norshahrul Idlan Talaha dan rakan berjaya memperbaiki beberapa kelemahan jentera pasukan dan pada masa sama bijak mengambil peluang kelemahan pelawat.

KEKAL

Barcelona bukan sebuah pasukan mantap setiap posisi jentera pasukannya, tetapi juga kelebihan memiliki ramai barisan pemain punyai skil individu terbaik. Oleh itu, seandainya Mahali Jasuli mengetuai bahagian ini dia perlu nmenjalankan tugasnya sebelum jentera penyudah pelawat menyengat.

Sekiranya, Harimau Malaya terus meletakan kebergantungan terhadap rangkaian peledak utama, seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Fakri Saarani atau Amri Yahyah menjaringkan gol hajat mencipta kejutan berkemungkinan tidak kesempaian.

Sekira NorFarhan Muhammad mengetuai bahagian tengah, unit ini perlu banyak membantu membuka ruang kepada peledak.

NADI

Jentera tengah adalah nadi penting penentu kemenangan dan kekuatan sesebuah pasukan bola sepak, peminat akan menyaksikan posisi ini bakal diisi siapa oleh Rajagobal. Apa yang penting bahagian ini perlu diisi pemain yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa untuk memastikan Harimau Malaya mampu memberikan saingan sengit.

Ayuh Raja jangan biarkan Harimau Malaya terus diperkotak katikan Barca yang sememangnya sinonim dengan aksi Tiki Takanya…

PROFIL PASUKAN

Nama penuh : Futbol Club Barcelona (FC Barcelona)
Gelaran: Barça Culés (or Culers); Blaugranes (Blue-Maroon)
Ditubuhkan : 29 November 1899
Stadium: Camp Nou, Barcelona (Kapasiti : 98,787)

Barisan Kemungkinan Barcelona (4-3-3)

José Pinto Colorado
Piqué
Jordi Alba
Montoya
Javier Mascherano
Andrés Iniesta
Xavi
Busquets
Cesc Fàbregas
Messi
Neymar

Simpanan
Adriano
Dos Santos
Valdes
Alexis
Puyol
Song

Pengurus
Gerardo Martino

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");